Pesan Roh Kepada Manusia

Posting Komentar


Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam
sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan,
aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan
perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan
malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai
orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan
panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku
terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang
memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka
dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat
diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat
terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya
sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat
melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku,
aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu
menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian
Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku
dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" .
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada
jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum
mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula
berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan
kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu
lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku
tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun
mereka tidak mahu menanggung kesalahanku" . "Adapun didunia, Allah
menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga
tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur
pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing.
Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka
mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam
keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai
ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang
memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman.
Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah
mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam
itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya
dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran
itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk
bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi
bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur
dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh
dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang
lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut
hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang
lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga
sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S.
akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak
itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu
melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di
sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat
terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu
orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka
orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu
orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana
terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin
itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut
hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir
dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu
mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa
menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut
mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan
menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu
cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat
perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin
dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu,
keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka
berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin
dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap
kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. " Oleh
kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan
maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga
gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini
Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan
berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu."
Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka
malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut
menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari
arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi
baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan
bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan
kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah
gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T.
berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu
dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat
perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan
menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya
kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan
tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar
dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak
mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan
tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat
tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita.

Sumber : Media muslim info




Related Posts

Posting Komentar